Aku tak mempunyai ramai kawan sebabnya aku rasa macam mereka semua tu berpura-pura dan hanya mahu populariti disebabkan aku seorang penyanyi...
'Hey Girls!!!' ucap Sara pagi isnin dengan penuh ceria...'Hey Sara!!' ' How are you? coffee? or tea?' tanya rakan-rakan Sara. 'Ermm no thanks girls...' jawab Sara pendek. Sara mengambil pretzel kegemarannya daripada Ez..'YAK!' jerit Ez. 'MIYARNDE...' kata Sara dengan lembut dalam bahasa korea. Sebenarnya Ez berketurunan Melayu-Korea... Ez berasa geram dan mengomel seorang diri di kaunter namun, di dalam hati Ez hanya Sara lah kawan baiknya yang paling rapat ketika suka mahupun duka...
Setiap hari aku akan lalu ikut jalan ni... aku tak suka naik kereta yang mempunyai pemandu pada aku lebih baik kita berjalan kaki dapat lah 'exercise' sikit maklumlah aku ni malas nak bersenam..dan kadang-kadang aku rasa macam ada something yang special dengan kawasan ni ..hermm entahlah mungkin bagi orang seni macam aku ni mungkin rasa macam ada jiwa kot.. he he..Aku suka tengok orang berlari dan berjalan.. semua itu mempunyai satu tujuan iaitu mengejar impian...
'Sara..jom pergi mall, last week i ada nampak kasut terbaru Betsey Johanson yang terbaru sey!' kata Nana. 'Babe, itu last week lah and semalam i baru je nampak beg tangan Gucci terbaru edisi terhad from Princess Diana sey!' perli Sara... 'Hey! you perli i ke?? kalau tak mahu pergi cakaplah... tak payah nak perli2 i...' Sara tergelak kecil...Ez yang sudah selesai membancuh coffee datang menyertai Sara dan rakan2 yang lain...
Cuma satu saja yang aku tak berapa nak 'cinta' dengan tempat ni, tiap-tiap hari aku kena pau' dengan 'samseng' kat kawasan ni... 'Hoi! mana duit aku yang minggu lepas punya ?? kau janji nak bayar kat aku kan?' sergah si samseng. 'a..a..aku.. tak cukup duit hari ni' kata Azril dalam nada yang lemah...Aku nak kau bayar esok bukan lusa, tulat, kulat, bulat, minggu depan, bulan depan, atau tahun depan.. FAHAM!!!' 'Herm malang betul nasib aku..bukannya samseng tu tak kenal aku penyanyi popular lagi... mungkin bila aku dah pakai baju macam ni dia tak cam kot?' (krong..krong..) 'alamak ...tadi aku lupa nak breakfast la' bisik Azril sendiri...'nasib ada duit lagi... boleh alas perut ni...'
TO BE CONTINUED...
No comments:
Post a Comment